ASIA'S NEXT TOP MODEL 3 x ZALORA


Asia's Next Top Model adalah sebuah rancangan realiti tv yang terkenal di mana beberapa orang wanita akan bertanding antara satu sama lain untuk merebut peluang menjadi supermodel dikenali. Tujuan rancangan ini adalah untuk memberikan peluang buat wanita cantik yang berbakat dari seluruh Asia menonjolkan kehebatan dan apa yang dipelajari untuk menjadi seorang model. Para wanita dari negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapore, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Filipina bertanding untuk mendapat peluang bagi memulakan kareer dalam peragaan. Pertandingan Asia's Next Top Model bertindak sebagai platform untuk wanita-wanita ini dalam menggapai impian mereka untuk menjadi seorangn supermodel terkenal dengan melibatkan diri mereka dalam pelbagai cabaran dan tugasan yang telah diatur dalam rancangan itu.


Gadis-gadis yang terpilih daripada rancangan itu datang daripada pelbagai latar belakang namun dengan impian yang sama iaitu untuk menjadi model Asia yang terbaik. Rancangan ini mengajar mereka bagaimana cara untuk menjadi seorang model dengan sesi penggambaran bersama tema dan suasana, percubaan komersial video, rakaman berkumpulan serta banyak lagi untuk membantu mereka menemui potensi sebenar. Pemenang rancangan ini akan mendapat peluang yang bermanfaat untuk bekerja di bawah agensi model dan menerima tawaran kerja peragaan yang hebat. Ianya adalah ibarat batu loncatan untuk mereka mulakan karier tanpa perlu menghantar resume ke agensi-agensi peragaan untuk dapatkan pekerjaan.


Dihoskan oleh si cantik manis Nadya Hutagalung, musim pertama rancangan ini telah meraih jumlah peminat yang cukup ramai dan berjaya dengan Jessica Amornkuldilok sebagai pemenangnya. Dalam Asia's Next Top Model 2, Malaysia begitu berbangga dengan Sheena Liam kerana telah menjadi juara untuk musim tersebut. Selepas kemenangannya, Sheena kini sedang menghiasi industri fesyen dengan auranya yang sangat hebat dan skil peragaan yang beliau pelajari dan peroleh daripada rancangan realiti itu. Beliau juga dilihat aktif dalam industri fesyen dan peragaan, membuat semua orang kagum dengan bakatnya.


Untuk musim Asia's Top Model yang akan datang ini akan menampilkan 16 gadis muda yang berhasrat untuk berusaha berada di atas dan menyerlah dalam persaingan mereka. Model Malaysia dan beberapa gadis lain daripada negara-negara Asia akan bertanding untuk merebut gelaran model Asia terbaik yang seterusnya. Kerana fesyen dan peragaan tidak boleh dipisahkan, destinasi fesyen online ZALORA adalah antara penaja utama untuk musim Asia’s Next Top Model yang akan datang. Jika anda sentiasa mengimpikan untuk menjadi model Malaysia seterusnya yang memenangi gelaran itu, tonton rancangan tersebut dan lihat pakaian-pakaian yang cukup cantik bersama para gadis tersebut.