KOLEKSI BAJU GAUN MUSLIMAH JOVIAN MANDAGIE @ ZALORA MALAYSIA & BRUNEI
Seorang pereka fesyen berbakat dengan keazamaan yang jitu iaitu Jovian Mandagie, tidak memerlukan sebarang pengenalan yang panjang lebar. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pereka fesyen pada umur yang cukup muda dan telah melakar beberapa kejayaan dalam industri fesyen tanah air. Pemuda yang berdarah campuran Malaysia dan Indonesia ini kini membawakan koleksi baju gaun Muslimah terbaru di butik pakaian Muslimah online ZALORA.Koleksi baju gaun Muslimah terkini Jovian adalah direka dengan penuh teliti dan penuh keunikan. Koleksi gaun Muslimah online daripada Jovian turut dikenali kerana penambahan perincian yang kemas dan penggunaan warna yang berpadanan. Berita baik untuk semua penggemar Jovian Mandagie, anda kini berpeluang untuk memiliki pakaian Muslimah daripada pereka fesyen kegemaran anda di laman web ZALORA dengan tawaran harga yang amat menakjubkan! Kini anda boleh tampil penuh glamor dan anggun dengan koleksi baju gaun Muslimah terkini daripada Jovia Mandagie.