Beli Aksesori Eslystyle.com @ ZALORA Malaysia & Brunei
Eslystyle.com adalah sebuah jenama fesyen terkenal yang menawarkan aksesori wanita yang cukup pelbagai untuk dipadankan dengan persalinan kegemaran anda. Jenama ini telah mereka produk untuk disesuaikan dengan cita rasa tersendiri setiap individu kerana mereka percaya aksesori adalah antara cara paling mudah untuk wanita menonjolkan personaliti. Anda boleh dapatkan rangkaian aksesori yang cukup meluas daripada jenama ini seperti rantai leher, gelang tangan, kerongsang, cincin, anting-anting dan banyak lagi. Rekaan aksesori daripada jenama hebat ini juga dihasilkan daripada trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran seperti dari Hong Kong, Jepun dan Korea. Anda tidak perlu risau kerana pilihan aksesori daripada Eslystyle.com pasti akan membuatkan anda sentiasa tampil bergaya.Selain daripada itu anda uga boleh membuatkan persalinan anda kelihatan lebih bergaya dengan memadankannya bersama barang kemas daripada Eslystyle untuk apa sahaja majlis. Bagi wanita yang suka menghadiri majlis parti, rantai leher daripada jenama hebat ini adalah pilihan terbaik untuk membuatkan anda kelihatan glamor. Manakala, anda juga boleh tampil ringkas dengan hanya memakai rantai ‘pendant’ sepanjang hari tanpa perlu bersusah-payah untuk kelihatan menarik. Tonjolkan gaya anda bersama barangan kemas yang cantik daripada Eslystyle di tempat kerja, makan malam ataupun ketika keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu untuk aktiviti kasual.